Jalan Dan Masak

Jalan Dan Masak

Wednesday, March 16, 2011

Ikan Keli Kencur (Keli Pecel)

Jumaat lepas 11 Mac 2011 dunia telah dikejutkan dgn berita gempa bumi dan tsunami yang sangat dahsyat di Jepun. Kita pun tumpang sedih..walaupun berlainan negara,agama, bangsa & keturunan.
Itulah sebenarnya tanda2 dunia makin hampir dgn kiamat. Mukin apa yg berlaku ni sebagai kiamat kecil. Jgn persendakan apa yg berlaku sbb ia juga melibatkan rakyat kita termasuk pelajar & pekerja. Sungguh memalukan..satu dunia tau..(kartun ultraman dikejar tsunami dalam Berita Harian) sampai pihak CNN pun keluarkan berita tersebut..huhuhuhu..Ok kita lupakan pasal tsunami.

Menu ni warisan dari arwah mak dan warisan keluarga kami. Xceli masakan ikan keli kencur ni jadi satu menu wajib bagi yg berketurunan JAWA..hahahaha macam aku la. Sebenarnya tengok masakan ni kat rumah Suejoshua & kebetulan ahad lepas beli ikan keli yg dah siap disalai di Kuala Pilah N9. Apalagi projek petang semalam. Kencur (Cekur) pn ada tanam dlm pasu. SueJ CnP resepi yer.

sila abaikan ikan keli yg dh kudung kepala..hahaha.maklumla jln jauh dr k.pilah-rawang.smpi cabut2 kepala

Ikan Keli Masak Cekur
sumber : Suej

Bahan2:
  • 1 ekor ikan pari - dibelah 2 (saya guna ikan keli salai)
  • 1 biji kelapa - ambil santannya
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 6 biji cekur *
  • 10-12 biji cili padi * (kalu nk podeh bole tambah lagi)
  • 2cm belacan
  • 1 keping asam gelugor / asam keping
  • Garam & perasa
  • 3 helai daun cekur - dimayang halus
Cara2nya :
  • Bakar ikan pari hingga masak & ketepikan
  • Masukkan santan ke dalam periuk
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) dan masukkan kedalam periuk yang berisi santan tadi & kacau rata
  • Letakkan periuk diatas api yang sederhana sambil dikacau perlahan hingga mendidih, kemudian masukkan ikan pari yg telah dibakar terlebih dahulu tadi bersama asam gelugor.Kacau rata.
  • Masukkan garam dan perasa. Masak hingga mendidih, sebelum tutup api masukkan daun cekur yang telah dimayang tadi.

1 comment:

Sue Suraya said...

Walaupun sue tak makan ikan keli tapi tetap terliur nengok! rasanya kompom ''wenak tenannnn'' kan...hihi