Jalan Dan Masak

Jalan Dan Masak

Thursday, May 19, 2011

Talam Tokyo

Assalamualaikum....aduhhhh lamanya tak bersiaran..bz la agaknya...entah apa yang di bz kannya pun tak tau la..tapi part masak2 masih d teruskan, tak berhenti setakat d sini. Yg malasnya cuma nak masukkan dalam blog je. Resepi yang bakal disiarkan ni adalah resepi tertunda, salah satunya Talam Tokyo. Sedap,lemak & unik. Resepi ambik dari ilhamdapur & antahbertingkah..tapi kena derhaka sikit sbb telah buat 2 adunan, untuk loyang saiz 10 x 10. dan ni je sopotong kuih yg dapat diselamatkn utk ambik gambar , yang lain dah selamat masuk perut. Selamat mencuba.

Talam Tokyo
sumber : ilhamdapur

Lapisan Bawah
  • 30g suu'un - rendam selama 15-20 minit - gunting kecik-kecik
  • 125g sagu kecil - cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • 50g kelapa parut -amik yang putih je
  • 1 sudu kecil garam
  • 200ml santan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)
Lapisan Atas
  • 150g gula pasir
  • 50g tepung kastard
  • 400ml santan
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/8 sudu kecil air abu tak letak,sbb xde,klu ada letak ye supaya lapisan atasnya tu kenyal elok)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedkit paste pandan (bland daun pandan sekali dengan kelapa parut,kemudian ramas amik santannya)

Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat)
3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong