Jumaat lepas menu makan malam nasi ayam madu, resepi ambik dari Cik Mat menepati selera..tapi guna beras biasa je (jasmin)..untuk lebih menyelerakan,sambal boleh tambah cili api barulah Holiowww..tapi ada adjust sikit..ni le resipi yg terhasil.Guna madu mahal lagi (aby punya) dr Yaman..madu asli NASI AYAM MADU
Nasi
2 cawan beras biasa
4 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, dititik
1 camca besar marjerin
Garam secukup rasa
Sup Ayam
1/2 ekor ayam sederhana besar
10 cawan air
1/2 inci halia, tumbuk
3 ulas bawang putih, tumbuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup,
1/2 batang lobak merah, didadu
2 biji kentang sederhana besar, didadu
2 kiub pati ayam
1 camca teh lada hitam, tumbu halus
1 camca teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Sos Cili
3 biji cili merah
4 biji cili api
1 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1 camca besar Sos Cili
Gula,,garam,cuka secukup rasa
Bahan Perap Ayam
1 camca besar madu
1 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
1 camca besar sos tiram
2 ulas bawang putih & Halia, tumbuk halus
Hiasan
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Cara - Cara
Sup Ayam:-
Tumis Bawang,Halia hingga wangi.masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan masukkan air dan kiub pati ayam. Masukkan pula ayam, bila sekali mendidih terus angkat ayam dan toskan. Tinggalkan tulang2 ayam, dan masak seperti biasa. Masukkan pula kentang, lobak merah, garam, perasa, lada putih & lada hitam. Bila semua dah berasa, tutup api taburkan bawang goreng & daun sup.
Nasi Ayam:-
Masukkan beras yang telah ditos dalam rice cooker, masukkan juga air sup ayam (sup yg belum diletak lobak,kentang & daun sup),majerin,halia,daun pandan & garam.Masak sepeti masak nasi biasa.Bila telah masak gaul perlahan,jgn sampai beras patah.nanti tak cantik.
Ayam Madu :-
Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili halia.
Sos Cili:-
Cili merah,Cili Api, bawang putih dikisar halus, tuang dalam periuk, Masak hingga mendidih, masukkan cili soso,gula secukup rasa dan sedikit garam dan cuka . Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...