Jalan Dan Masak

Jalan Dan Masak

Tuesday, November 30, 2010

Meddle East Bazaar

Sesiapa yg perlukan kurma,kismis,Madu,cuka,kacang2,Hawla kiwi,halwa apricot,Kurma coklet dan macam2 ada, anda dijemput datang ke Tesco Shah Alam,bersebelahan kompleks renang (bukan Tesco Extra yer)..Promosi..promosi



Monday, November 29, 2010

Spaghetti Bolognese Sempoiii

Siaran tertunda..heheh..sebenarnya buat spaghetti ni minggu lepas,tapi kena Q pulak nk masuk dlm blog.Xceli resepinya dari kakak ipar dan telah d tokok tambah oleh pembuatnya..kira derhaka la ni..Sungguh mengenyangkan & sgt sedap (ceh masuk bakul angkat sendiri..sapa mau angkat ko bukan nyer ringan pun). Resipi ni tuk 2 org makan.
 Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus spaghetti - direbus dengan garam hingga lembut. Toskan dan lumur dengan minyak zaitun..xpun masa rebus letak minyak.
  • 1 tin Traditional Spaghetti Sauce - (guna Kimball)
  • 1/2 bungkus daging kisar (Jenama Ramly)
  • 8 biji cendawan butang - rendam dgn air panas,basuh & Potong nipis
  • 2 batang sosej
  • 1 biji tomato - didadu halus
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar cili kisar (optional - kalu suka pedas)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 helai daun bay
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa 
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging benar2 masak.
  3. Masukkan sos spaghetti, sos cili dan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan sosej dan cendawan butang.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. kacau sebentar. Tutup api.
  6. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese (jika suka). Hidangkan.





Nasi Ayam Madu

Jumaat lepas menu makan malam nasi ayam madu, resepi ambik dari Cik Mat menepati selera..tapi guna beras biasa je (jasmin)..untuk lebih menyelerakan,sambal boleh tambah cili api barulah Holiowww..tapi ada adjust sikit..ni le resipi yg terhasil.Guna madu mahal lagi (aby punya) dr Yaman..madu asli
NASI AYAM MADU
Nasi
2 cawan beras biasa
4 cawan stok sup ayam (resipi dibawah)
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, dititik
1 camca besar marjerin
Garam secukup rasa

Sup Ayam
1/2 ekor ayam sederhana besar
10 cawan air
1/2 inci halia, tumbuk
3 ulas bawang putih, tumbuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup,
1/2 batang lobak merah, didadu
2 biji kentang sederhana besar, didadu
2 kiub pati ayam
1 camca teh lada hitam, tumbu halus
1 camca teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Sos Cili
3 biji cili merah
4 biji cili api
1 ulas bawang putih
1/2 cawan stok sup ayam
1 camca besar Sos Cili
Gula,,garam,cuka secukup rasa

Bahan Perap Ayam
1 camca besar madu
1 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar mentega
1 camca besar sos tiram
2 ulas bawang putih & Halia, tumbuk halus

Hiasan
Tomato, dihiris
Timun, dihiris
Daun salad, cuci setiap kelopak, dan toskan
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

Cara - Cara
Sup Ayam:-
Tumis Bawang,Halia hingga wangi.masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan masukkan air dan kiub pati ayam. Masukkan pula ayam, bila sekali mendidih terus angkat ayam dan toskan. Tinggalkan tulang2 ayam, dan masak seperti biasa. Masukkan pula kentang, lobak merah, garam, perasa, lada putih & lada hitam. Bila semua dah berasa, tutup api taburkan bawang goreng & daun sup.

Nasi Ayam:-
Masukkan beras yang telah ditos dalam rice cooker, masukkan juga air sup ayam (sup yg belum diletak lobak,kentang & daun sup),majerin,halia,daun pandan & garam.Masak sepeti masak nasi biasa.Bila telah masak gaul perlahan,jgn sampai beras patah.nanti tak cantik.

Ayam Madu :-
Ayam yang telah disejukkan tadi, dilumur dengan bahan perap kecuali mentega dan perap selama 30 minit. Sudukan sedikit mentega pada setiap bahagian ayam dan lumur rata. Bakar pada suhu 190 C selama 8 - 10 minit untuk setiap bahagian. Hidangkan bersama ulam2 dan sos cili halia.

Sos Cili:-
Cili merah,Cili Api, bawang putih dikisar halus, tuang dalam periuk, Masak hingga mendidih, masukkan cili soso,gula secukup rasa dan sedikit garam dan cuka . Masak dengan api kecil sehingga pekat. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi...

MAHA 2010

Morning semua..Senin hari utk memulakan kerja..SEMANGAT2..Semalam (ahad-28/11/10) pegi MAHA 2010 ngn Aby. pepagi dh kuar org kata subuh sepie (untung sapa nama pie ye),lambat.. jem gila.Best gak tengok buahan yg besar2 gedabak, bunga2, produk makanan bumiputra, ternakan,sawah (ala kt sg besar pn byk)mcm2 la,temasuk le tgok muhyidin..hahah.Tapi kena sediakan payung sblm ujan, coz kul 12 lebih je mula mendung.
Layan le pic yg x seberapa..x smpt nk ambik byk..sibuk duk mengetest mkanan & minuman je..kenyang..Freeeee
Nangka gergasi

tomato yg segar dr ladang

Dlm golf car ni muhyidin..jakun tul

Deco dr buahan

Sebiji RM48

Thursday, November 25, 2010

Sardine Puff

Menu sarapan Ahad lepas, sampingan dengan meehon goreng. Sejak jumpa pastry puff ni kat Tesco, kalu abih stok kt rumah kena terus beli..takut abih pulak kt Tesco tu..nk dapat dh le susah..nak buat lagi le susah..so moral of the story kena sentiasa ada dlm esbox..pagi buat 3 keping je,dh cukup mengenyangkn..lebihnya buat tghri,bawa pi rumah kakak wat minum petang tuk 2 cucu kembar Daniya & Denial..si Daniya suka tul mkn wpun pedas..Resepi ambik dari rmh Cik Mat Gebu..Tq cik mat memg sedap, C&P je ye resepinya..Mcm mana rupa pastry puff ni tengok kat SINI.




Sardine Puff
BAHAN INTI :-)
1 tin kecik sardine "cap ayam" asingkan sosnya (sy guna 1tin besar cap pertima)1 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji bawang besar, didadu
1 camca teh cili kisar
1/2 camca besar sos cili
3/4 camca besar kicap cair - saya tak bubuh

1 biji limau kasturi, perah jusnya
2 helai daun limau purut - sy tambah
4 tangkat cili api - sy tambah tuk lebih pedas
BAHAN LAIN :-)
1 pack kulit puff pastry jenama "Kawan" berukuran 4 inci x 4 inci (ada 10 keping)
1 merah telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam, jika suka
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI:- Ikan sardine tadi dihancurkan. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang puti dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos cili, kicap cair dan sardine tadi. Kacau rata, gunakan api sederhana. Tuang jus limau kasturi dan gaul. Masak sekejap, angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
  2. Keluarkan puff pastry dari freezer dan biar sekejap dalam 10 - 15 minir. Ambil 1 keping puff pastry, kerat dua, satu bahagian dikelar2 .Bahagian satu lagi letakkan inti sardine. Tutup dengan bahagian berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Buat kaedah sama untuk baki pastry.
  3. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam kalau suka. Bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasa. Jika oven anda ada sistem kipas, on kan masa membakar puff pastry ini. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan...

Macaroni Cheese Bakar

Aby kata kalu dia balik keje malam, tak mo makan nasi, nak makan yg ringan2 je..mana tak nya,lepas makan kenyang2 (selalunya kul 11.00mlm) lps tu tido, sekali timbang..ya ampun..naik mendadak. Jadi projek mega tuk malam ni adalah Macaroni Cheese Bakar (rasanya cheese ni pun m'nambah lemak tepu gak) aaaa..gasak la..janji sodap. Macaroni lebih buat sup macaroni malam sebelumnya.
Resepi main hantam labu..agak2 je..




Macaroni Cheese Bakar
2 Cawan  Macaroni - rebus dgn sedikit minyak & Toskn airnya
1 Labu     Bawang Besar - Potong dadu
2 Ulas      Bawang putih - ketuk
1 Cawan  Daging Kisar - nak senang jenama Ramly
1 S/B       Serbuk Kari
1 S/B       Serbuk Cili/Cili giling - optional
5tangkai   Cili Api - Kalu suka pedas
Cendawan butang - rendam dgn air panas & potong2
1tangkai   Daun Sup
5 biji        Telur
Monzarela Cheese secukupnya
Garam, lada hitam, minyak.

Cara-Cara :

1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga kuning dan masukkan serbuk kari yang dibancuh dgn serbuk cili/cili kisar.
2. Masukkan pula daging kisar, masak semua hingga betul2 masak dengan perasa garam,lada hitam & serbuk perasa. Kalu suka pedas masukkan cili api potong.
3. Pukul telur & masukkan kedalam macaroni yg telah siap direbus.
4. Masukkan pula daging yg siap dimasak, cendawan butang, daun sup. Gaul rata2
5. Tuang dalam loyang yang telah disapu butter. Tabur cheese diatasnya..lagi byk lagi sedap..
6. Bakar pada suhu 180C selama 30minit.

Tuesday, November 23, 2010

Puding Laici Dangdut




Walaupun cuaca skrg ni hujan je..sejuk le tu..tapi rasa mcm nak makan yang sejuk2..nyaman, masuk perut mcm best je, resepi asal dr chef Hanieliza tapi ambik resepi kt Hana Jepun,kak Umi pun ada gak. Tapi mcm biasa derhaka sikit coz ganti serbuk agar2 dengan agar2 strip (agar2 tali).

RESEPI PUDING LAICI
Source : Chef Hanieliza

Bahan-bahan
  • 10 gm agar2 serbuk (1 paket agar2 tali cap layang2)
  • 6 gelas air (1500 ml air @ 1 1/2 bungkus plastik agar2-sukat guna plastik agar2)
  • 11/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin laici dalam tin... [mesin sikit]
  • 1 tin laici [untuk hiasan]
Cara-cara
  • Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendidih.
  • Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
  • Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
  • Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
  • Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.

Monday, November 22, 2010

Blueberry Cheese Tart

Senin..wah cukup malas keje, rasanya macam x cukup cuti weekend..memanjang le x cukup, bagi coti 5 hari pong x cukupnya. Bawak2 le insaf su oooiiii..ko belum cukup kaya lagi nak coti2 goyang kaki.
Ok..layang ye gabor & resepi blueberry cheese tart, resepi dari Kak Rinchan kt kedah nun..
first time buat..alhamdullilah menjadi. Copy paste je ye resepi..mintak ijin ye kak..selalu dapat order dr opismate..sila abaikan yg rentung tu..haha


BLUEBERRY CHEESE TART
Makes 12

Bahan-bahan:
Untuk doh pastri
125gm butter
40gm icing sugar
1 biji telur
220gm tepung gandum
1/2 teaspn esen vanila
Kaedah penyediaan:
1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.
Bahan Isian cheese:
250gm cream cheese
3/4 cwn gula icing
1 biji telur
1/2 cwn whipping cream
1 camca teh esen vanila
Blueberry filling secukupnya
*Nota:Sukatan Isian cheese ini sebenarnya boleh cater utk dua sukatan doh pastri di atas. Jadi, sekiranya anda hanya ingin membuat sedozen tart kurangkanlah sukatan ini kepada separuh.


Kaedah penyediaan:
1. Pukul cheese dan telur hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
3. Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
4. Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling
di tengah-tengahnya.
5. Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175 darj cel.
Sejukkan sebelum dialih dari acuan dan diletak dalam papercup.

Friday, November 19, 2010

Puteri Ayu

Dah lama buat tapi sebab baru creat blog..makanya baru le nak tunjuk resepi Puteri Ayu aka Tuil Ayu..lembut, gebu. Ikut resepi ni betul2 jgn derhaka (kata cik mt gebu) confirm jadi & x tipu..Dah buat byk kali.Tapi byk2  sorry telupa ambik resepi kt blog mana..layan je la..
Puteri Ayu
2 biji      Telur
150g      Gula
150g      Tepung Gandum
1 S/T     Baking Powder
1/2 S/B  Ovelatte
150ml    Santan + air Pandan
1/2 biji  Kelapa Parut
1 S/B      Tepung Ubi
1 Sudu  Teh Garam
Pewarna hijau.

Cara2 :
Pukul Telur, Gula & Ovelate hingga betul2 kembang, masukkan tepung gandum, baking powder, santan & air pandan.
Sapu acuan dengan minyak. Letak kelapa parut yang telah digaul dgn tepung ubi, tekan hingga padat. Kukus 5 minit.
Tuang adunan tepung kedalam acuan dan kukus 15-20 minit. Siap tuk di mkn.

AidilAdha & Haji 2005

Hari ni Aidiladha ke3..sangat syahdu, betul kata Ustaz Saiful AidilAdha takde jualan murah, takde rancangan hiburan yg melalaikan tapi ia masih boleh dsambut dgn penuh keinsafan..bertakbir sepanjang 4 hari, rasa tak mau lepaskan..tak tau kita akan jumpa lagi atau tidak Aidiladha akan datang.



Gambar2 ni sebahagian kenangan masa di Mekah,Arafah & Madinah...w/pun dh 5 thn b'lalu tapi rindu pada tanah suci ini semakin menebal..
Insyaallah 1 ari nnti akan aku jejaki tempat suci ini utk kali ke2..AMIN