Jalan Dan Masak

Jalan Dan Masak

Monday, February 28, 2011

Roti Goreng Ranggup

Xceli hari sabtu hari yang cukup bz. Macam ni lah kalau tiap2 tibanya hari sabtu..pegi beli barang2 untuk kedai kurma kat Tesco Shah Alam. Rasanya satu KL kena tawaf. Mula2 pegi Selayang, pastu Chow Kit, Jalan TAR dan last sekali Batu 2 Shah Alam. Tapi sebelum keluar tu kenala siapkan sarapan pagi dulu, tak kira la berat ke ringan. Kalu rajin yer berat ..kalu malas yer ringan. Hari ni nampak macam sarapan ringan, tapi kena rajin sikit. Untuk roti goreng ni buat 2 versi. 1 inti kentang dan 1 lagi inti sosej. Sangat berbaloi pada siapa yg nak cuba. Kulitnya rangup.So apalagi layan la resipi. Resipi dari Izah Daut & Hana.




Roti Goreng Rangup
Sumber : Izahdaut


Bahan-bahan
  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya (boleh ganti dgn apa2 inti, sy guna inti kentang & sosej)
  • 2 cawan tepung gandum (1 cawan)
  • 2 1/2 cawan air (1 cawan lebih sikit)
  • 2 sm Marjerin  (1 sm majerin)
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan

Tuesday, February 22, 2011

Karipap Rangup

Salam bersiaran. Mood masak nak mula ada balik, tapi kekadang tu dah beli barang tetiba lak ilang mood.ParAh Tul. Macam petang semalam request dr mr Aby suruh buat nasi lemak untuk sarapan pagi ni. Dah beli barang2 kecuali santan..alih2 rasa macam malas jer nk menyambal. Udahnya terjadilah karipap ni. Berpeluh2 mengulu, alhamdullilah menjadi dgn rangupnya. Resepi macam biasa la ceduk dari bibik Hana Jepun yg x lama lagi dah nak balik M'sia.

 ini la asal kejadian sebelum di goreng..wahhh berbonjol2 intinya..memang padat & mewah ngn inti.

Kripap Rangup
Sumber : http://hanamemories.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
     INTI
  • 5 biji keledel (saya guna kentang)
  • 2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 sudu mkn ikan bilis
  • 1 sudu makan udang kering
  • Daging Kisar Ramly
  • daun sup hiris
  • garam
  • air
Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan juga udang kering. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)


Thursday, February 17, 2011

ALFATEHA

Maaf dah lama tak bersiaran..bz le gamaknya. Masak, bukannya tak masak tapi sebab camera dh kong jadi x leh la ambik gambor.
Berita sedih..pada 9 Febuari 2011 telah kembalinya kerahmatullah emak mertua tersayang jam 8.00pagi kerana sakit tua. Setelah dimasukkan ke hospital kajang selama seminggu masa raya cina dan keluar sepital pada isnin 7/2/11.Doktor kata semua ok & boleh bawak balik...tapi allah maha kuasa pada selasa 8/2/11 mak mula nazak hingga la ke pagi rabu 9/2/11. Perginya emak membawa seribu kenangan buat kami sekeluarga..w/pun aku mengenali emak selama 15tahun tapi arwah dh mcm mak sendiri..
Arwah memang pandai masak & ada beberapa masakannya menjadi kegemaran aku hingga kini terutama acar timun masak.
Alfateha untuk Arwah emak mertua (Sitam bt Othman) & Arwah emak (Juhariah bt Nasir) moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org yg soleh. 'Ya Allah..luaskan lah kubur mereka dan indahkan kuburnya seperti  taman syurga'