Jalan Dan Masak

Jalan Dan Masak

Thursday, May 19, 2011

Talam Tokyo

Assalamualaikum....aduhhhh lamanya tak bersiaran..bz la agaknya...entah apa yang di bz kannya pun tak tau la..tapi part masak2 masih d teruskan, tak berhenti setakat d sini. Yg malasnya cuma nak masukkan dalam blog je. Resepi yang bakal disiarkan ni adalah resepi tertunda, salah satunya Talam Tokyo. Sedap,lemak & unik. Resepi ambik dari ilhamdapur & antahbertingkah..tapi kena derhaka sikit sbb telah buat 2 adunan, untuk loyang saiz 10 x 10. dan ni je sopotong kuih yg dapat diselamatkn utk ambik gambar , yang lain dah selamat masuk perut. Selamat mencuba.

Talam Tokyo
sumber : ilhamdapur

Lapisan Bawah
  • 30g suu'un - rendam selama 15-20 minit - gunting kecik-kecik
  • 125g sagu kecil - cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • 50g kelapa parut -amik yang putih je
  • 1 sudu kecil garam
  • 200ml santan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)
Lapisan Atas
  • 150g gula pasir
  • 50g tepung kastard
  • 400ml santan
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/8 sudu kecil air abu tak letak,sbb xde,klu ada letak ye supaya lapisan atasnya tu kenyal elok)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedkit paste pandan (bland daun pandan sekali dengan kelapa parut,kemudian ramas amik santannya)

Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat)
3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong

Wednesday, April 13, 2011

KaWiN SuDaH

Assalamaulaikum...tengok tajuk..dah tau apa citanya..pasal kawin la..8 & 9hb April 2011 yg lepas, berlangsung majlis berinai & b'sanding utuk anak saudara pompuan di Sek.7 Shah Alam. Siti Balqis & Abd Raman (Najat) telah disatukan dengan suasana yg meriah..maklumla anak perempuan sulung dr pasangan Dato Sri Abd Munit Kasmin & Datin Sri Siti Bariah..Rewang..macam biasa..dari hari jumaat lagi sampai ke hari besarnya (sabtu)..waduhhh letih x terkira..tengok la gambor2 yang dpt dihidangkan.








Maksu & seluruh keluarga mendoakan moga pasangan mempelai ini bahagaia & kekal hingga akhir nyawa.

Monday, March 28, 2011

Roti Jala @ Roti Kirai

Menjala ke kita minggu ni..hahaha..apelagi menjala takde ikan..menu pagi minggu yang dimakan bersama kari ayam. Ada lebih kari ayam malam tu..jangan dok membazir kita cicah ngan roti jala. Recepi ambik dari dapur Kak Ummi..roti jala ni lembut dan kalau 1 adunan untuk makan 2 orang rasanya macam tak berapa nak cukup..tapi apa2 pun memang sedap. Kak Ummi CnP resepi yer..TQ


Ini lah hasil dari 1 adunan..bergantung juga saiz masa menjala...

Roti Jala
Sumber : Kak Umi

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ):-
3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
3 1/2 cawan (2 cawan susu segar+1 1/2 cawan air) - sy ganti 2sb susu tepung + 3 1/2 cwn air
beberapa titis pandan paste + sedikit pewarna hijau (*ni akak tambah)

Cara-cara :-
  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. (Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.)
  2. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  3. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam.
* Menurut Kak Ummi kuih ni kelembutannya tahan hingga ke petang..sy punya x dan tunggu tengahari pagi gak abih.. (sesuai juga sebagai menu open house)

Puding Jagung

Menu hujung minggu lepas...ari ni baru ada kesempatan nak update. Resepi ni dah guna semenjak muda2 lagi. Strukturnya yg lebut & lemak2 manis..sukatannya agak senang.


kalau nk hasil yg cantik..jagung di blend..tapi sy lebih suka bila mkn terasa jagung..hemmm.


Puding Jagung
Sumber : Sendiri

Bahan :
2 Cawan Tepung Custard
7 Cawan Santan
1 tin Jagung - boleh d'blend
secubit garam
1 cawan Gula - kalau kurang manis blh tambah lg (sy main agak2 jer)

Cara2:
1. Satukan tepung custard, santan, jagung, garam dan gula
2. Kacau hingga sebati
3. Masak di atas api sederhana dan kacau hingga berkilat. Rasa tahap kemanisannya. Jika kurang manis boleh tambah gula.
4. Tuang dalam bekas dan biarkan sejuk baru dipotong.

* selamant mencuba.

Monday, March 21, 2011

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah

Dah masuk minggu 4 dalam bulam March, cepat tul masa berlalu...maknanya makin meningkat ler usia kita & rasa2nya dh cukup ke amalan kita????..Minggu lepas coti sekolah seminggu, pelagi kejanya...kawin jer la, yg tak kena kawin @ yg dh kawin, kena la pegi majlis kawin, tiap2 minggu ko..rasa mcm naik muak makan ayam masak merah..nasi minyak..dalca..jelatah & menu baru tuk kenduri kawin skrg ni..mesti ada bubur...x kira la bubur apa2 pn, bubur kacang ijau @ bubur pulut hitam. Tapi memang best.
Sempena musim org kawin ni...teringin la pulak nk masak nasi tomato, resepi dari Cik Mat dan ayam masak merah dr Kak Umi kuantan. Sesuai ker idak..nasi tomato mkn dengan salad mentah...salad mat saleh tu..sesui jer ler...
Nasi Tomato
Nasi Tomato
Sumber : Cik Mat Gebu

Bahan-Bahannya:-
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair (mat guna santan)
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus (mat cuma titik kan saja halia tu)
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras (mat lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
  4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....

Ayam Masak Merah
Ayam Masak Merah
Sumber : Kak Ummi

Bahan:-
1 ekor ayam (dipotong 12)
1 sudu makan serbuk kunyit + garam secukupnya (untuk goreng ayam)
5 biji bawang merah )
3 biji bawang putih ) ditumbuk

1 in. halia )
rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1/2 kiub pati ayam maggie
1/2 cawan susu cair
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (optional)
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Lain:-
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 2 biji tomato (belah 4/6)
  • 1 bij bawang besar (dipotong bulat)
  • sedikit daun bawang
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali untuk menggoreng ayam dan goreng hingga ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dalam kuali dan tinggalkan lebihkurang 1/3 cawan, tumis bahan tumbuk/kisar dan cili kering tadi dan masukkan rempah tumis.
  3. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Kacau gaul hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan sebentar.
  5. Masukkan ayam, balik-balikkan hingga ayam bersalut sebati dengan bahan. Biar mesra sekejap.
  6. Masukan bawang besar, tomato dan daun bawang.
  7. Akhir sekali baru masukkan kacang peas, tutup api dan hidangkan dengan nasi minyak hujan panas atau nasi tomato/beriani
Salad mentah - resepi ikut yg lepas pnya.

Wednesday, March 16, 2011

LUNCH

Tengah2 bersenang lenang ni (wahhh suka2 jer tgh byk koje ko kata senang2) apa lagi kuarkan la gambar2 menu makan tengahari yang entah bila minggunya...maklumla jarang bebeno ada kt rumah kalu ujung minggu..merayap jer kojenya... x pe merayap yg berpaedah, mestila paedah, kojenya menghabihkan duit..nyoping @ window soping...(ehhhh duit aku yer bukan duit laki aku). Jgn bayank lalut..layan ler gambor ni..rasanya menyelerakan ke idak?..kalu aku selera memanjang..



Menu : (Ikut Pusingan arah jam)
1. Menu Utama : Ikan Tenggiri masak lomak cili api + cendawan (tumbuh kt busut bkn yg bela tau)
2. Ulam :Terung bakar + Salad + Mini Timun
3. Sambal : Sambal Tumis Ikan bilis + Petai
4. Pencuci mulut : Anggur + Mangga