Jalan Dan Masak

Jalan Dan Masak

Friday, December 17, 2010

Pulut Seri Muka Jagung

Pulut Seri muka Jagung..ini kes nak perabih jagung tin lebih buat Kuih Bakar jagung & pulut dari kedah lebihan ketupat palas raya haji lepas. Kuih ni ala2 seri muka biasa tapi guna jagung. Dah 2 kali buat & ambik resepi dari blog kak rusnah..TQ kak..minta salin resepi nya.

Pulut Seri Muka Jagung
sumber : kak-rusnah.fotopages
hasil : yukmasakmasak

Bahagian bawah
1 1/2 cwn beras pulut direndam kemudian ditoskan
1 1/2 cwn santan
sedikit garam dan gula
1 st butter


Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.

Bahagian atas 2 biji telur (kak rus guna 1 sahaja)
1/3 cwn gula pasir
1/2 cwn santan pekat
1/3 cwn susu cair
2 sb tepung gandum
1 sb tepung custard
sedikit garam dan vanilla
sedikit pewarna kuning
2 sb jagung cream (sy tambah 1 sudu lagi-bg rasa lebih jagung)


Pukul telur bersama gula sebati kemudian masukkan bahan yang lain.(Nak senang blend je semua bahan kecuali 1 sudu jagung).Kacau sebentar di atas api bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.

Kuih Bakar Jagung

Selalu makan kuih bakar pandan kan. Apa kata kita buat pulak kuih bakar jagung..Sedap dan tak manis sangat, & memenuhi selera. Bakar sampai garing atasnya (berkerak @ gosong) lagi sedap. Guna api atas bawah & hasilnya sgt menarik. Resepi dari Hana jepun, CnP je la yer...mintak ijin yer mbakyu.

Kuih Bakar Jagung

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu butter - cairkan (yg nih hana tambah)
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit bijan jika suka
Cara-cara
  1. Blend semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
  2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam - hana bakar suhu 180 sejam

Mee Rebus

Mee Rebus ke.. Mee Siam ke..Mee Jawa ke..apa2  pun dia tetap mee berkuah yang pastinya lazat...pehhhhh makan dengan cili api potong..adussss..podeh tapi sodap. resepi ambik dari Bro Rozzan Singapore. Layan gambar & resepinya. Saya buat 1/2 dr resepi d bawah.


Mee Rebus
1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)

Bahan Kuahnya
1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.

Cara:
Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.

Bahan Taburan (Garnishing)
Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.
Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.

Apam Gula Hangus

Sempat buat lagi pepagi sebelum pegi kerja..sambil2 buat meehoon goreng. Dua2 ni untuk bekal pagi bertuah ni. Pertama kali mencuba..alhamdullilah menjadi & cantik gembu naik nya. Ambil resepi dari YatieJB. Kalau nak cuba pelbagai resepi masuk je blog yatie..macam2 ada. So saya CnP je la resepi.

Apam Gula Hangus

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
  7. Isi separuh adunan je dlm bekas kecik..nnti naik menggunung

Monday, December 6, 2010

Lepat Ubi

Feberet Aby...apa saja kuih bersumber dari UBI, memang kegemarannya termasuk bingka ubi, talam ubi & tapai ubi..My feberet lak ubi rebus cicah kelapa+gula & pengat ubi.. Wah ko laki bini dah macam idup jaman jepun, makan ubi memanjang. Ubi ni beli masa g pasar tani selasa lepas, sekilo RM1.70..apalagi borong le semua..kasi habissss..ala 3 kilo je tinggal. Layan le resipi & pic lepat ubi, lebihan dari buat lepat ubi buat pulak talam ubi..tapi lupa ambik gambar.

Lepat Ubi

Bahan-Bahan :
1 Kilo Ubi - Diparut
1/2 biji kelapa parut - ambik putih shj
Gula Merah *
Gula Putih *
Air *
1 helai daun pandan*
3 sudu santan pekat
Daun pisang - layukan
1 s/b tepung ubi - taknak letak pun x pe

Cara2 :
1. Masak gula merah, gula putih dan daun pandan hingga kedua2 gula larut, sejukkan. (anggaran manisnya)
2. Ubi yang telah diparut, diperah menggunakan kain untuk ambik isinya sahaja. Bahan mendapan dari air ubi tadi di ambil & digaul dengan ubi yg telah diperah.
3. Masukkan air gula kedalam ubi bersama santan,kelapa parut,tepung ubi. Gaul rata.Biar adunan ni nampak basah2 & jgn pekat sangat (bila sejuk jadi keras pulak).kalau kurang manis,boleh tambah gula terus.
4. Bungkus dengan daun pisang. Boleh lah dikukus.