Jalan Dan Masak

Jalan Dan Masak

Saturday, January 1, 2011

Pau Tradisional (Pau Tahun Baru)

Selamat tahun baru 2011. Resepi pertama untuk tahun ni adalah pau..hahaha..percubaan yang menjadi dengan jayanya. Sebagai hidangan untuk sarapan pagi sangat mengenyangkan dan naik dengan gebunya.
Resepi ambil dari blog kak rinchann dan pernah juga dicuba oleh mamaera. Fida DC yg ada di UK(teman siber saya) turut mencuba resepi ni..memang senang..dpt juga mkn pau w/pun d' perantauan. Resepi ni untuk sekilo tepung..bagi saya yg makan berdua je...hanya suku dari resepi. Inti guna lebihan inti untuk karipap sebelum ni.
 selepas diangkat dari kukusan..wahhh tembamnya..aduhhhh sempitnyaaaaa.

initi kari kentang berdaging (inti karipap)

PAU KUKUS
Sumber : Kak Rinchan
Dihasilkan : yukmasakmasak

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum (330g tepung pau)
11gm yis mauripan (=I packet) (4g)
200gm gula (=1 cwn) (55g)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn) (33g)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu) (150g)

Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.



SELAMAT TAHUN BARU 2011

Alhamdullilah, 2010 meninggalkan kita dengan selamatnya. Suka atau duka yang kita lalui sepanjang 2010 sebagai 1 rezeki,ujian dan dugaan dari allah. Bersyukur dan sentiasa bermuhasabah diri.
Untuk tahun 2011 berazam untuk tingkatkan ketaqwaan kepada allah, disamping memperbaiki kesilapan & kealpaan diri sendiri...serta meningkatkan ekonomi.
Moga tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas.

SELAMAT TAHUN BARU 2011