Jalan Dan Masak

Jalan Dan Masak

Thursday, May 19, 2011

Talam Tokyo

Assalamualaikum....aduhhhh lamanya tak bersiaran..bz la agaknya...entah apa yang di bz kannya pun tak tau la..tapi part masak2 masih d teruskan, tak berhenti setakat d sini. Yg malasnya cuma nak masukkan dalam blog je. Resepi yang bakal disiarkan ni adalah resepi tertunda, salah satunya Talam Tokyo. Sedap,lemak & unik. Resepi ambik dari ilhamdapur & antahbertingkah..tapi kena derhaka sikit sbb telah buat 2 adunan, untuk loyang saiz 10 x 10. dan ni je sopotong kuih yg dapat diselamatkn utk ambik gambar , yang lain dah selamat masuk perut. Selamat mencuba.

Talam Tokyo
sumber : ilhamdapur

Lapisan Bawah
  • 30g suu'un - rendam selama 15-20 minit - gunting kecik-kecik
  • 125g sagu kecil - cuci dan rendam 30 minit dan toskan
  • 50g kelapa parut -amik yang putih je
  • 1 sudu kecil garam
  • 200ml santan
Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)
Lapisan Atas
  • 150g gula pasir
  • 50g tepung kastard
  • 400ml santan
  • 1 biji telur (gred A)
  • 1/8 sudu kecil air abu tak letak,sbb xde,klu ada letak ye supaya lapisan atasnya tu kenyal elok)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedkit paste pandan (bland daun pandan sekali dengan kelapa parut,kemudian ramas amik santannya)

Cara-cara
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat)
3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong

Wednesday, April 13, 2011

KaWiN SuDaH

Assalamaulaikum...tengok tajuk..dah tau apa citanya..pasal kawin la..8 & 9hb April 2011 yg lepas, berlangsung majlis berinai & b'sanding utuk anak saudara pompuan di Sek.7 Shah Alam. Siti Balqis & Abd Raman (Najat) telah disatukan dengan suasana yg meriah..maklumla anak perempuan sulung dr pasangan Dato Sri Abd Munit Kasmin & Datin Sri Siti Bariah..Rewang..macam biasa..dari hari jumaat lagi sampai ke hari besarnya (sabtu)..waduhhh letih x terkira..tengok la gambor2 yang dpt dihidangkan.








Maksu & seluruh keluarga mendoakan moga pasangan mempelai ini bahagaia & kekal hingga akhir nyawa.

Monday, March 28, 2011

Roti Jala @ Roti Kirai

Menjala ke kita minggu ni..hahaha..apelagi menjala takde ikan..menu pagi minggu yang dimakan bersama kari ayam. Ada lebih kari ayam malam tu..jangan dok membazir kita cicah ngan roti jala. Recepi ambik dari dapur Kak Ummi..roti jala ni lembut dan kalau 1 adunan untuk makan 2 orang rasanya macam tak berapa nak cukup..tapi apa2 pun memang sedap. Kak Ummi CnP resepi yer..TQ


Ini lah hasil dari 1 adunan..bergantung juga saiz masa menjala...

Roti Jala
Sumber : Kak Umi

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ):-
3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
3 1/2 cawan (2 cawan susu segar+1 1/2 cawan air) - sy ganti 2sb susu tepung + 3 1/2 cwn air
beberapa titis pandan paste + sedikit pewarna hijau (*ni akak tambah)

Cara-cara :-
  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. (Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.)
  2. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  3. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam.
* Menurut Kak Ummi kuih ni kelembutannya tahan hingga ke petang..sy punya x dan tunggu tengahari pagi gak abih.. (sesuai juga sebagai menu open house)

Puding Jagung

Menu hujung minggu lepas...ari ni baru ada kesempatan nak update. Resepi ni dah guna semenjak muda2 lagi. Strukturnya yg lebut & lemak2 manis..sukatannya agak senang.


kalau nk hasil yg cantik..jagung di blend..tapi sy lebih suka bila mkn terasa jagung..hemmm.


Puding Jagung
Sumber : Sendiri

Bahan :
2 Cawan Tepung Custard
7 Cawan Santan
1 tin Jagung - boleh d'blend
secubit garam
1 cawan Gula - kalau kurang manis blh tambah lg (sy main agak2 jer)

Cara2:
1. Satukan tepung custard, santan, jagung, garam dan gula
2. Kacau hingga sebati
3. Masak di atas api sederhana dan kacau hingga berkilat. Rasa tahap kemanisannya. Jika kurang manis boleh tambah gula.
4. Tuang dalam bekas dan biarkan sejuk baru dipotong.

* selamant mencuba.

Monday, March 21, 2011

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah

Dah masuk minggu 4 dalam bulam March, cepat tul masa berlalu...maknanya makin meningkat ler usia kita & rasa2nya dh cukup ke amalan kita????..Minggu lepas coti sekolah seminggu, pelagi kejanya...kawin jer la, yg tak kena kawin @ yg dh kawin, kena la pegi majlis kawin, tiap2 minggu ko..rasa mcm naik muak makan ayam masak merah..nasi minyak..dalca..jelatah & menu baru tuk kenduri kawin skrg ni..mesti ada bubur...x kira la bubur apa2 pn, bubur kacang ijau @ bubur pulut hitam. Tapi memang best.
Sempena musim org kawin ni...teringin la pulak nk masak nasi tomato, resepi dari Cik Mat dan ayam masak merah dr Kak Umi kuantan. Sesuai ker idak..nasi tomato mkn dengan salad mentah...salad mat saleh tu..sesui jer ler...
Nasi Tomato
Nasi Tomato
Sumber : Cik Mat Gebu

Bahan-Bahannya:-
5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair (mat guna santan)
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus (mat cuma titik kan saja halia tu)
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras (mat lebihkan 1/2 cawan lagi)
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
  4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....

Ayam Masak Merah
Ayam Masak Merah
Sumber : Kak Ummi

Bahan:-
1 ekor ayam (dipotong 12)
1 sudu makan serbuk kunyit + garam secukupnya (untuk goreng ayam)
5 biji bawang merah )
3 biji bawang putih ) ditumbuk

1 in. halia )
rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1/2 kiub pati ayam maggie
1/2 cawan susu cair
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (optional)
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Lain:-
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 2 biji tomato (belah 4/6)
  • 1 bij bawang besar (dipotong bulat)
  • sedikit daun bawang
Cara-Cara:-
  1. Panaskan kuali untuk menggoreng ayam dan goreng hingga ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dalam kuali dan tinggalkan lebihkurang 1/3 cawan, tumis bahan tumbuk/kisar dan cili kering tadi dan masukkan rempah tumis.
  3. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Kacau gaul hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan sebentar.
  5. Masukkan ayam, balik-balikkan hingga ayam bersalut sebati dengan bahan. Biar mesra sekejap.
  6. Masukan bawang besar, tomato dan daun bawang.
  7. Akhir sekali baru masukkan kacang peas, tutup api dan hidangkan dengan nasi minyak hujan panas atau nasi tomato/beriani
Salad mentah - resepi ikut yg lepas pnya.

Wednesday, March 16, 2011

LUNCH

Tengah2 bersenang lenang ni (wahhh suka2 jer tgh byk koje ko kata senang2) apa lagi kuarkan la gambar2 menu makan tengahari yang entah bila minggunya...maklumla jarang bebeno ada kt rumah kalu ujung minggu..merayap jer kojenya... x pe merayap yg berpaedah, mestila paedah, kojenya menghabihkan duit..nyoping @ window soping...(ehhhh duit aku yer bukan duit laki aku). Jgn bayank lalut..layan ler gambor ni..rasanya menyelerakan ke idak?..kalu aku selera memanjang..



Menu : (Ikut Pusingan arah jam)
1. Menu Utama : Ikan Tenggiri masak lomak cili api + cendawan (tumbuh kt busut bkn yg bela tau)
2. Ulam :Terung bakar + Salad + Mini Timun
3. Sambal : Sambal Tumis Ikan bilis + Petai
4. Pencuci mulut : Anggur + Mangga

Ikan Keli Kencur (Keli Pecel)

Jumaat lepas 11 Mac 2011 dunia telah dikejutkan dgn berita gempa bumi dan tsunami yang sangat dahsyat di Jepun. Kita pun tumpang sedih..walaupun berlainan negara,agama, bangsa & keturunan.
Itulah sebenarnya tanda2 dunia makin hampir dgn kiamat. Mukin apa yg berlaku ni sebagai kiamat kecil. Jgn persendakan apa yg berlaku sbb ia juga melibatkan rakyat kita termasuk pelajar & pekerja. Sungguh memalukan..satu dunia tau..(kartun ultraman dikejar tsunami dalam Berita Harian) sampai pihak CNN pun keluarkan berita tersebut..huhuhuhu..Ok kita lupakan pasal tsunami.

Menu ni warisan dari arwah mak dan warisan keluarga kami. Xceli masakan ikan keli kencur ni jadi satu menu wajib bagi yg berketurunan JAWA..hahahaha macam aku la. Sebenarnya tengok masakan ni kat rumah Suejoshua & kebetulan ahad lepas beli ikan keli yg dah siap disalai di Kuala Pilah N9. Apalagi projek petang semalam. Kencur (Cekur) pn ada tanam dlm pasu. SueJ CnP resepi yer.

sila abaikan ikan keli yg dh kudung kepala..hahaha.maklumla jln jauh dr k.pilah-rawang.smpi cabut2 kepala

Ikan Keli Masak Cekur
sumber : Suej

Bahan2:
  • 1 ekor ikan pari - dibelah 2 (saya guna ikan keli salai)
  • 1 biji kelapa - ambil santannya
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 6 biji cekur *
  • 10-12 biji cili padi * (kalu nk podeh bole tambah lagi)
  • 2cm belacan
  • 1 keping asam gelugor / asam keping
  • Garam & perasa
  • 3 helai daun cekur - dimayang halus
Cara2nya :
  • Bakar ikan pari hingga masak & ketepikan
  • Masukkan santan ke dalam periuk
  • Tumbuk bahan yang bertanda (*) dan masukkan kedalam periuk yang berisi santan tadi & kacau rata
  • Letakkan periuk diatas api yang sederhana sambil dikacau perlahan hingga mendidih, kemudian masukkan ikan pari yg telah dibakar terlebih dahulu tadi bersama asam gelugor.Kacau rata.
  • Masukkan garam dan perasa. Masak hingga mendidih, sebelum tutup api masukkan daun cekur yang telah dimayang tadi.

Thursday, March 10, 2011

Kuih Seri Muka

Resipi dari kakak..suka sebab pertama kali buat terus menjadi, tak payah pikir banyak kali. Sebelum ni kalau buat seri muka jer..ada jer masalah kt bahagian kepalanya..lembik la..tak boleh potong la..huhuhuhu hampa tul. Tapi sekarang tak lagi.



Maaf ler..gambornyer kurang memuaskan..kesilapan teknikal..yg penting rasanya ..bukan gambornya..heheh

Kuih Seri Muka
sumber : Hjh Asmah

Lapisan Bawah:
1 1/2 cawan beras pulut
2 cawan santan
1 s/teh garam

Lapisan Atas :
2 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
2 s/besar tepung jagung
2 biji telur
esen vanila
secubit garam

Cara2 :
  1. Rendam beras pulut selama 1 jam. kemudian gaul bersama santan dan garam. Kukus hingga masak & tekan bagi padat.
  2. Bagi lapisan atas campur santan pekat, tepung gandum, gula, tepung jagung, telur, vanila & garam pukul hingga sebati.
  3. Masak atas api kecil hingga naik wap.
  4. Tuang diatas pulut yang telah siap dikukus dan kukus semula hingga lapisan atas masak (40minit)
  5. Potong bila kuih ini telah sejuk betul. Boleh la dimakan..yamyamyam

Monday, March 7, 2011

Kek Coklat Kukus

Xceli kek coklat kukus ni adalah resepi tertunda..buat masa raya cina aritu untuk bawak balik kampung. Tapi tak sempat nk letak toping bagai..dah habis kena rembat ngn anak2 buah. Rasanya, sedap, gebu dan tak terlalu manis..kiranya sedang2 la dan sgt sesui ngn tekak. Resepinya cukup senang dan boleh buat lagi la. Resepi ambik dari dapur Hana dan resepi asalnya dari Munira..itula sebab hana panggil kek ni..Kek Coklat Kukus Munira..

Kek Coklat Kukus
Sumber : Hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
     
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
    >> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga
Cara-cara
 - Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
 - Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
 - Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg  pertama takut kek jd mendap.

Nasi Arab

Ahlan wa sahlan..Ya habibi Ya Maulana...hahahha..ini hari kita makan nasi arab la..mau tukar selera lah..ceduk resepi dr Mat Gebu..TQ resepi ente sgt lh sedap lah..Ana punya asben makan tabah2 lah...hihihi...so ape lagi, ni ler nasi arab, salad & pajeri nenas. Nasi arab ni dah ditambah dengan daging..sorry la mat ana derhaka sikit..JOM layan resepi.

Nasi Arab
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 gram daging lembu, potong besar dan rebus hingga empuk
6 cawan air (mat guna air rebusan daging)
1/3 cawan kacang pis (erkk lupa letak laa..sori) (sy pn x letak..x de stock)
1/3 cawan kismis
2 biji cili merah, hiris kasar2
1 tangkai daun sup, hiris
1 tangkai daun ketumbar, hiris (x letak..sbb x suka baunya)
2 camca besar minyak sapi
2 camca bear minyak masak (mat guna minyak jagung)
1 camca besar serbuk jintan manis*
1 camca besar serbuk jintan putih*(*disatukan dan bacuh dengan sedikit air)
1/3 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :-)
1 helai daun pandan
3 biji bawang merah, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 inci halia, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh jintan putih biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah serbuk jintan manis dan putih yang telah dibancuh tadi, tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, kacau dan tambah beras. Goreng beras bersama bahan2 selama 1 minit. Tuang beras tadi ke dalam rice cooker. Tambah air (stok daging), perasakan dengan garam. Tambah daun ketumbar, kacau dan masak hingga kering.
  3. Masukkan kacang pis, kismis dan cili merah. Bila nasi masak, gemburkan. Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemaran..
Pajeri Nanas
Sumber : Datin Siti Bariah (my sister)

Bahan-Bahan :
1 biji nanas - potong ikut suka (Celur separuh masak,buang air & tabur dgn gula)
1 sudu besar gula
1 peket kecil serbuk kari daging
1 sudu besar cili giling - nk pedas blh tambah lagi
Udang kering
2 sudu besar kerisik
Santan dari 1/2 biji kelapa
4 ulas Bawang merah - tumbuk
2 ulas Bawang Putih - tumbuk
1 inci Halia - tumbuk
Kulit kayu manis
bunga Lawang

Cara2 :
  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang,bawang merah, bawang putih, halia hingga kuning. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan cili giling dan air. Tumis hingga naik minyak.
  2. Masukkan udang kering dan tumis lagi.Tambah air sikit2 bagi cili betul2 masak.
  3. Masukkan nanas, santan, kerisik, garam dan serbuk perasa. Masak hingga pekat.
  4. Bila dah cukup sempurna rasanya. matikan api.

Salad
Sumber : sendiri

Bahan-Bahan:
Daun Salad
Timun Jepun - potong dadu
Lobak Merah - potong
Tomato buah - potong
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk lada putih.

* Gaulkan kesemuanya dan boleh dihidang.

Thursday, March 3, 2011

Puding Kukus Laici

Wahhhhh..dah masul bulan 3 rupanya, cepat tul masa berlalu. Cuaca pun ala-ala kejap panas..kejap hujan & ramai pulak yang demam. Takpe la sakit kan menghapus dosa kecil kita..bersyukur & redha tiap2 yg allah berikan pada kita..
Tak nak lalut-lalut..apalagi moh kita nengok resepi & gambor Puding kukus laici ni..sangat menyelerakan, time2 panas lagi le..nak pulak baru kuar petiais..mak aiiiii sedingin kolbu. Resepi ambik dari rumah kak Umi. Buat dalam dua saiz, bekas kecik2 tu bawak g opis, kekawan kata sodap siap mintak resepi..kalu x buat gak x tau le..tuk bekas besar, itu tuk org kt rumah..(mcm ramai..padahal 2 org je)..selamat dgn licinnya.


Puding Kukus Laici
Sumber : Kak Ummi kuantan

     Untuk Puding
  • 4 Keping Roti
  • 4 Biji Telur
  • 1 Tin Susu Cair
  • 1 S/B Gula
  • 1 Tin Air Laici
     Jelly
  • 1 bungkus Jelly Nona - Perasa Strawberi
  • 1 Tin buah Laici
Cara-Cara :
  1. Panaskan kukusan
  2. Rendam roti dalam susu cair sebentar. Bila roti dah lembut kisar bersama susu cair, Telur, gula dan air laici.
  3. Masukkan bahan kisar kedalam loyang dan kukus selama 30 minit.
  4. Angkat dan biarkan sejuk.
  5. Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan pada kotak.
  6. Susun buah laici di atas adunan yang telah dikukus tadi.
  7. Tuang jelly yang telah larut ke atas adunan. Sejukkan & biar hingga jelly beku.

Monday, February 28, 2011

Roti Goreng Ranggup

Xceli hari sabtu hari yang cukup bz. Macam ni lah kalau tiap2 tibanya hari sabtu..pegi beli barang2 untuk kedai kurma kat Tesco Shah Alam. Rasanya satu KL kena tawaf. Mula2 pegi Selayang, pastu Chow Kit, Jalan TAR dan last sekali Batu 2 Shah Alam. Tapi sebelum keluar tu kenala siapkan sarapan pagi dulu, tak kira la berat ke ringan. Kalu rajin yer berat ..kalu malas yer ringan. Hari ni nampak macam sarapan ringan, tapi kena rajin sikit. Untuk roti goreng ni buat 2 versi. 1 inti kentang dan 1 lagi inti sosej. Sangat berbaloi pada siapa yg nak cuba. Kulitnya rangup.So apalagi layan la resipi. Resipi dari Izah Daut & Hana.




Roti Goreng Rangup
Sumber : Izahdaut


Bahan-bahan
  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya (boleh ganti dgn apa2 inti, sy guna inti kentang & sosej)
  • 2 cawan tepung gandum (1 cawan)
  • 2 1/2 cawan air (1 cawan lebih sikit)
  • 2 sm Marjerin  (1 sm majerin)
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan

Tuesday, February 22, 2011

Karipap Rangup

Salam bersiaran. Mood masak nak mula ada balik, tapi kekadang tu dah beli barang tetiba lak ilang mood.ParAh Tul. Macam petang semalam request dr mr Aby suruh buat nasi lemak untuk sarapan pagi ni. Dah beli barang2 kecuali santan..alih2 rasa macam malas jer nk menyambal. Udahnya terjadilah karipap ni. Berpeluh2 mengulu, alhamdullilah menjadi dgn rangupnya. Resepi macam biasa la ceduk dari bibik Hana Jepun yg x lama lagi dah nak balik M'sia.

 ini la asal kejadian sebelum di goreng..wahhh berbonjol2 intinya..memang padat & mewah ngn inti.

Kripap Rangup
Sumber : http://hanamemories.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
     INTI
  • 5 biji keledel (saya guna kentang)
  • 2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 sudu mkn ikan bilis
  • 1 sudu makan udang kering
  • Daging Kisar Ramly
  • daun sup hiris
  • garam
  • air
Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan juga udang kering. Tumiskan bhn2 tersebut hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan keledek,air dan garam sekucup rasa. Rebus sehingga keledek empuk dan air kering.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)


Thursday, February 17, 2011

ALFATEHA

Maaf dah lama tak bersiaran..bz le gamaknya. Masak, bukannya tak masak tapi sebab camera dh kong jadi x leh la ambik gambor.
Berita sedih..pada 9 Febuari 2011 telah kembalinya kerahmatullah emak mertua tersayang jam 8.00pagi kerana sakit tua. Setelah dimasukkan ke hospital kajang selama seminggu masa raya cina dan keluar sepital pada isnin 7/2/11.Doktor kata semua ok & boleh bawak balik...tapi allah maha kuasa pada selasa 8/2/11 mak mula nazak hingga la ke pagi rabu 9/2/11. Perginya emak membawa seribu kenangan buat kami sekeluarga..w/pun aku mengenali emak selama 15tahun tapi arwah dh mcm mak sendiri..
Arwah memang pandai masak & ada beberapa masakannya menjadi kegemaran aku hingga kini terutama acar timun masak.
Alfateha untuk Arwah emak mertua (Sitam bt Othman) & Arwah emak (Juhariah bt Nasir) moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org yg soleh. 'Ya Allah..luaskan lah kubur mereka dan indahkan kuburnya seperti  taman syurga'

Saturday, January 1, 2011

Pau Tradisional (Pau Tahun Baru)

Selamat tahun baru 2011. Resepi pertama untuk tahun ni adalah pau..hahaha..percubaan yang menjadi dengan jayanya. Sebagai hidangan untuk sarapan pagi sangat mengenyangkan dan naik dengan gebunya.
Resepi ambil dari blog kak rinchann dan pernah juga dicuba oleh mamaera. Fida DC yg ada di UK(teman siber saya) turut mencuba resepi ni..memang senang..dpt juga mkn pau w/pun d' perantauan. Resepi ni untuk sekilo tepung..bagi saya yg makan berdua je...hanya suku dari resepi. Inti guna lebihan inti untuk karipap sebelum ni.
 selepas diangkat dari kukusan..wahhh tembamnya..aduhhhh sempitnyaaaaa.

initi kari kentang berdaging (inti karipap)

PAU KUKUS
Sumber : Kak Rinchan
Dihasilkan : yukmasakmasak

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum (330g tepung pau)
11gm yis mauripan (=I packet) (4g)
200gm gula (=1 cwn) (55g)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn) (33g)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu) (150g)

Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.



SELAMAT TAHUN BARU 2011

Alhamdullilah, 2010 meninggalkan kita dengan selamatnya. Suka atau duka yang kita lalui sepanjang 2010 sebagai 1 rezeki,ujian dan dugaan dari allah. Bersyukur dan sentiasa bermuhasabah diri.
Untuk tahun 2011 berazam untuk tingkatkan ketaqwaan kepada allah, disamping memperbaiki kesilapan & kealpaan diri sendiri...serta meningkatkan ekonomi.
Moga tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas.

SELAMAT TAHUN BARU 2011