Jalan Dan Masak

Jalan Dan Masak

Monday, December 6, 2010

Lepat Ubi

Feberet Aby...apa saja kuih bersumber dari UBI, memang kegemarannya termasuk bingka ubi, talam ubi & tapai ubi..My feberet lak ubi rebus cicah kelapa+gula & pengat ubi.. Wah ko laki bini dah macam idup jaman jepun, makan ubi memanjang. Ubi ni beli masa g pasar tani selasa lepas, sekilo RM1.70..apalagi borong le semua..kasi habissss..ala 3 kilo je tinggal. Layan le resipi & pic lepat ubi, lebihan dari buat lepat ubi buat pulak talam ubi..tapi lupa ambik gambar.

Lepat Ubi

Bahan-Bahan :
1 Kilo Ubi - Diparut
1/2 biji kelapa parut - ambik putih shj
Gula Merah *
Gula Putih *
Air *
1 helai daun pandan*
3 sudu santan pekat
Daun pisang - layukan
1 s/b tepung ubi - taknak letak pun x pe

Cara2 :
1. Masak gula merah, gula putih dan daun pandan hingga kedua2 gula larut, sejukkan. (anggaran manisnya)
2. Ubi yang telah diparut, diperah menggunakan kain untuk ambik isinya sahaja. Bahan mendapan dari air ubi tadi di ambil & digaul dengan ubi yg telah diperah.
3. Masukkan air gula kedalam ubi bersama santan,kelapa parut,tepung ubi. Gaul rata.Biar adunan ni nampak basah2 & jgn pekat sangat (bila sejuk jadi keras pulak).kalau kurang manis,boleh tambah gula terus.
4. Bungkus dengan daun pisang. Boleh lah dikukus.

No comments: