Jalan Dan Masak

Jalan Dan Masak

Friday, December 17, 2010

Apam Gula Hangus

Sempat buat lagi pepagi sebelum pegi kerja..sambil2 buat meehoon goreng. Dua2 ni untuk bekal pagi bertuah ni. Pertama kali mencuba..alhamdullilah menjadi & cantik gembu naik nya. Ambil resepi dari YatieJB. Kalau nak cuba pelbagai resepi masuk je blog yatie..macam2 ada. So saya CnP je la resepi.

Apam Gula Hangus

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
  7. Isi separuh adunan je dlm bekas kecik..nnti naik menggunung

No comments: